Monday, November 14, 2011

Mr Beach Carnival 2011–Penang

Persatuan Bina Badan Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan serta menganjurkan Kejohanan Bina Badan MR BEACH KARNIVAL 2011 yang bakal berlangsung pada: .

TARIKH : 27HB NOVEMBER 2011 / AHAD

WAKTU PENDAFTARAN PESERTA : 08.00 PAGI ~ 09.00 PAGI.

KEJOHANAN BERMULA : 09.00 PAGI – 2.00 PTG

TEMPAT : GOLDEN SAND BEACH RESORT

BATU FERINGHI, PULAU PINANG.

2 . Pihak Persatuan akan memberi peluang kepada semua atlet –atlet sukan bina badan negeri Pulau Pinang , yang berlatih dibawah setiap pusat kecergasan yang mendaftar sebagai ahli gabungan dan juga mana – mana atlet bina badan seluruh Malaysia dijemput untuk menyertai acara Kejohanan Mr Beach Karnival 2011 yang akan dipertandingkan mengikut :

KATEGORI :

a. REMAJA ( ATLET PULAU PINANG SAHAJA ).

b. MASTERS ( ATLET PULAU PINANG SAHAJA ).

c. TERBUKA ( ATLET SELURUH MALAYSIA ).

3.Bersama – sama ini disertakan borang penyertaan atlet. Sila kembalikan borang penyertaan / Pendaftaran kepada Persatuan Bina Badan Pulau Pinang sebelum 25hb November 2011 ( JUMAAT ).

i. Borang Penyertaan / Pendaftaran nama atlet

4. Persatuan Bina Badan Pulau Pinang dan pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang berharap agar semua ahli –ahli gabungan akan memberikan kerjasama dan mematuhi semua peraturan pertandingan tanpa boleh menjejaskan imej dan nama baik sukan dan Persatuan.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites