Thursday, July 14, 2011

KURSUS PENGADIL SUKAN BINA BADAN 2011

mbbf

(Peringkat Negeri / Kebangsaan)

21 hingga 23 Julai 2011

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. PENGENALAN

Kursus Pengadil Bina Badan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada individu yang terlibat dalam sukan ini mengenai sistem pengadilan semasa pertandingan bina badan samada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Kursus ini akan diadakan sebelum Kejohanan Bina Badan Kebangsaan (MR.MALAYSIA 2011), Muar. Selain dari itu juga, kursus ini dapat memberi peluang kepada para pegawai teknikal untuk memahami dan mendalami setiap tugas yang diberikan seterusnya melahirkan pegawai teknikal yang berkualiti pada masa akan datang.

2. SYARAT PENYERTAAN

Terbuka kepada semua ahli-ahli Gabungan PBBM, ahli-ahli bina badan, instruktor gym, pegawai-pegawai sukan bina badan serta individu-individu yang berminat dalam sukan bina badan. Jumlah penyertaan adalah terhad.

3. TEMPAT KURSUS

PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA DAERAH MUAR
Wisma Belia Daerah Muar,
JKR 207, Jalan Timbalan,
84000 Muar,
Johor.
No. telefon : 069555177
No. faks : 06-9555176
Emel : pkrmmuar@yahoo.com

4. YURAN PENYERTAAN

Yuran Penyertaan

a) Peserta yang memerlukan penginapan: RM 270.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Tujuh Puluh sahaja) iaitu penginapan 2 malam di Hotel (akan diberitahu), Bilik Kuliah, Nota dan Ujian Teori & Praktikal.

b) Peserta yang tidak memerlukan penginapan: RM 170.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh sahaja) termasuk Bilik Kuliah, Nota dan Ujian Teori & Praktikal.

Bayaran boleh dibuat kepada urusetia semasa hari Pendaftaran di Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar.

Penyertaan mesti dibuat dan disahkan melalui Persatuan / Ahli Gabungan negeri masing-masing.

5. TENTATIF PROGRAM:

Tarikh

Aktiviti

21 Julai 2011 (Khamis)

9.00pg – 10.00pg : Pendaftaran & Taklimat

11.00pg – 5.00ptg:Kuliah

22 Julai 2011 (Jumaat)

9.00pg – 12.00tgh: Kuliah

2.00ptg – 5.00ptg: Ujian Teori

23 Julai 2011 (Sabtu)

8.00pg – 5.00ptg: Ujian Praktikal

Nota:

  1. Jadual terperinci akan dikeluarkan semasa pendaftaran.
  2. Ujian Praktikal pada 23 Julai 2011 akan diadakan semasa acara Pra Pengadilan di Kejohanan Bina Badan Kebangsaan di Dewan Jubli Intan, Muar. Penginapan para peserta selepas 23 Julai 2011 adalah dibawah tanggungan sendiri.

6. PAKAIAN

Peserta dikehendaki membawa pakaian rasmi pengadil iaitu baju kemeja putih, seluar panjang berwarna kelabu dan tali leher berwarna gelap.

7. ALAMAT PENGANJUR

Sila hubungi Penganjur untuk sebarang pertanyaan:

Persekutuan Bina Badan Malaysia

Suite No.8, Tingkat 1, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat,

50150 Kuala Lumpur

Tel: 013-3421730 (Lt.Kdr.Kamaruzaman Kadir) /

016-3943856 (En.Anas Hanafi) /

017-4199426 (En.Abd.Aziz Ahmad)

Faks: 03-90563054

Email: masbbf@yahoo.com

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites