Friday, August 6, 2010

2010 Asian Bodybuilding & Athletic Physique Championships – Good luck guys!

mrasia (1)

Pasukan Bina Badan Negara akan menyertai kejohanan peringkat antarabangsa iaitu 2010 Asian Bodybuilding & Athletic Physique Championships yang akan diadakan di Tehran, Iran pada 2-7 Ogos 2010. Dijangkakan lebih kurang 30 negara dengan penglibatan seramai 350 orang atlet dan pegawai dari seluruh Asia akan menyertai kejohanan ini. Persekutuan Bina Badan Malaysia akan diwakili oleh 3 delegasi dan 4 atlet untuk menyertai seperti berikut:

a. Y.Bhg. Datuk Wira Gan Boon Leong – Ketua Delegasi

b. Y.Bhg.Datin Wira Chong Kin – Delegasi

c. En.Abdul Halim Budin – Ketua Pasukan / Jurulatih

d. Buda ak Anchah – Atlet

e. Sazali Abd.Samad Atlet

f. Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah - Atlet

Terdapat 2 jenis kejohanan yang akan dipertandingkan di mana akan disertai oleh atlet Negara iaitu:

2010 ASIAN MEN’S BODYBUILDING CHAMPIONSHIPS

a. Buda ak Anchah – Kategori Fly Weight (Bawah 60kg)

b. Sazali Abd.Samad - Kategori Light Weight (Bawah 70kg)

2010 MEN’S ATHLETIC PHYSIQUE CHAMPIONSHIPS

a. Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Kategori 170cm + 2kg)

Sasaran Kontijen Malaysia semoga Saudara Sazali dapat mengulangi kejayaan mengecap gelaran ‘Mr.Asia” yang dimenangi tahun 2009. ialah semua atlet layak ke pusingan akhir kedua-dua kejohanan.

Saudara Buda Anchah yang mendapat tempat keempat pada Kejohanan Dunia yang lepas diharap dapat memperbaiki kedudukan dalam kejohanan Asia. Kali ini.

Peluang Mohd Syarul Azman untuk mencipta nama dalam kejohanan 2010 Men’s Athletic Physique Championships yang kali kedua diadakan selepas kali pertama pada tahun 2009.

mrasia

Semua atlet layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada jam 7.30pm hari ini.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites