Wednesday, April 28, 2010

Mr Fitness registration form

Click here to download

SYARAT –SYARAT AM PERTANDINGAN MR. FITNESS 2010

1. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh: 14 – 16 Mei 2010 (Jumaat - Ahad)
Tempat: Aras 1, Menara KBS, Putrajaya

2. ACARA / DISIPLIN
Pemilihan acara / disiplin adalah ditentukan oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia.

Penetapan acara / disiplin adalah seperti berikut:
i. 1 RM Bench Press
ii. Dead Lift
iii. Chin Up
iv. Sit and Reach
v. 2.4 km (treadmill)

3. SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Peserta hendaklah sihat tubuh badan dan memperakukan tahap kesihatan di dalam borang penyertaan.

Terbuka kepada individu / persatuan / kelab yang berminat dengan sukan kecergasan.

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia pada atau sebelum 5 Mei 2010 di:

Aras 12, Menara KBS,

Kementerian Belia & Sukan

atau hubungi En. Syed Mashor Wan Mahbar,

Tel: 038871 3253

(Hp;016-3238655)

Fax:(03-8871 3238).

4. PERATURAN PERTANDINGAN
Jawatankuasa Kecil Teknikal melalui Jawatankuasa Penganjur Mr. Fitness akan menetapkan peraturan bagi setiap acara / disiplin yang dipertandingkan.

Semua acara / disiplin hendaklah selesai dipertandingkan mengikut tempoh seperti yang ditetapkan dalam Jadual Pertandingan.

Semua acara / disiplin akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan (Akan ditetapkan).

Jawatankuasa Kecil Teknikal masih boleh mengubahsuaikan corak pertandingan berdasarkan kepada keadaan-keadaan tertentu dan ini adalah tertakluk kepada urusetia pertandingan.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites