Thursday, January 28, 2010

Kursus Kejurulatihan Sukan Bina Badan Tahap 1

clip_image002clip_image004

1. PENGENALAN

Kursus Kejurulatihan Bina Badan ini adalah yang pertama kali di adakan pada tahun 2010 untuk memberi pendedahan kepada semua golongan peminat sukan bina badan mengenai tatacara dalam kejurulatihan bina badan supaya dapat melahirkan seorang jurulatih yang berwibawa untuk melatih atlit-atlit dalam penggunaan peralatan gym serta latihan-latihan bersesuaian. Ini adalah penting bagi para pengunjung gym di mana kesihatan umum mereka adalah juga keutamaan yang dititik beratkan.

2. SYARAT PENYERTAAN

Terbuka kepada semua ahli-ahli Gabungan PBBM, ahli-ahli bina badan, intsruktor gym, pegawai-pegawai sukan bina badan serta individu-individu yang berminat dalam sukan bina badan. Jumlah penyertaan adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada ahli-ahli Gabungan PBBM.

3. TUJUAN

Untuk memberi pendedahan dan melahirkan individu-individu yang berkebolehan dalam sukan bina badan terutamanya dalam aspek kejurulatihan.

4. TEMPAT KURSUS

Yayasan Pusat Belia Antarabangsa

Jalan Yaacob Latif

Bandar Tun Razak

56000 Cheras

Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 9204 / 05 / 07

Faks: 03-9172 3599 / 6682

Laman Web: www.iyckul.org.my

5. TARIKH

9 Mac hingga 12 Mac 2010

6. PENGANJUR

Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM)

7. DENGAN KERJASAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN)

8. TENAGA PENGAJAR

Lt.Kdr.Kamaruzaman Kadir (B)

En.Abd.Aziz Ahmad

En.Francis Yong

En.Abdul Halim Budin

En.Vincent Ho

Pegawai dari Majlis Sukan Negara (MSN)

9. YURAN PENDAFTARAN

Pengajur akan menawarkan beberapa pakej bagi peserta yang mengikuti kursus ini. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah mengikut kemampuan serta keselesaan peserta sendiri seperti berikut:

a. Pakej A (RM 250) – Penginapan Jenis Asrama/Dorm, Makan dan Minum termasuk Sarapan pagi, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.

b. Pakej B (RM 300) - Penginapan Jenis Bilik (3 orang sebilik), Makan dan Minum termasuk Sarapan pagi, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.

c. Pakej C (RM 500) - Penginapan Single Room (Seorang sebilik), Makan dan Minum termasuk Sarapan pagi, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.

d. Pakej D (RM 180) – Penginapan Sendiri. Makan dan Minum termasuk Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.

Pakej di atas adalah merangkumi sepanjang waktu kursus iaitu selama 4 hari 3 malam. Bayaran melalui tunai atau cek (di atas nama “PERSEKUTUAN BINA BADAN MALAYSIA”) hendaklah dibuat kepada pihak penganjur pada atau sebelum 19 Februari 2010.

10. PAKAIAN

Semua peserta yang terpilih diminta membawa peralatan / pakaian seperti berikut:

a. Gambar berukuran passport (2 keping)

b. Traksuit

c. Baju-T Sukan

d. Tuala Mandi (bagi peserta yang memilih Pakej A sahaja)

e. Tuala Kecil (untuk gym)

f. Pakaian Kasual

g. Kasut Sukan

h. Berus Gigi, Sabun dan sebagainya.

11. TENTATIF PROGRAM:

Tarikh

Aktiviti

9 Mac 2010 (Selasa)

8.00 – 9.00 pagi - Pendaftaran

- Taklimat Kursus

- Kuliah

10 Mac 2010 (Rabu)

- Kuliah

11 Mac 2010 (Khamis)

- Kuliah

12 Mac 2010 (Jumaat)

- Kuliah

- Praktikal

- Penutup

Nota: Kuliah adalah dijangkakan diadakan pada sebelah malam. Jadual terperinci akan dikeluarkan semasa pendaftaran.

12. ALAMAT PENGANJUR

Persekutuan Bina Badan Malaysia

Suite No.8, Tingkat 1

Wisma OCM, Jalan Hang Jebat

50150 Kuala Lumpur

Tel : 013-3421730 (Lt.Kdr.Kamaruzaman Kadir (B))

016-3943856 (En.Anas)

019-9086201 (En.Halim)

Faks : 03-90563054

Email: masbbf@yahoo.com

PETA LOKASI

clip_image006

Get the entry form here! or alternatively you can email me and i will give you the softcopy.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites