Juara Antara Juara : Buda ak Anchah (Bawah 70kg)
Juara Antara Juara : Zulkifli Ariffin (Atas 70kg)
Keseluruhan pasukan:
1. TLDM
2. TDM
3. TUDM
Foto akan diupload ke laman FB dalam masa terdekat.
This blog is still under construction. Sorry for any inconvenience.
Juara Antara Juara : Buda ak Anchah (Bawah 70kg)
Juara Antara Juara : Zulkifli Ariffin (Atas 70kg)
Keseluruhan pasukan:
1. TLDM
2. TDM
3. TUDM
Foto akan diupload ke laman FB dalam masa terdekat.
Semasa berada di Klang, kami sempat singgah di Hard Gym yang terletak di Bandar Baru Klang dan sempat menemui Paijar Upau yang sedang membuat latihan menjelang Mr ATM 2011. Beliau berasal dari Sandakan, Sabah tetapi sudah 15 tahun menetap di Klang. Anak kedua dari enam orang adik beradik. Pada masa sekarang, beliau mewakili pasukan Tentera Darat bermula dari tahun 2007.
Berikut merupakan jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau berdasarkan soalan-soalan yang diberikan:
Mula berkecimpung sukan binabadan sejak dari Sabah iaitu sudah lebih 15 tahun dan mula tumpukan perhatian pada bidang ini semenjak berpindah ke Klang sekitar tahun 2001. Pertandingan pertama yang disertai adalah Mr Selangor 2001 dan ketika itu beliau bekerja di Musclemax Gym di Klang. Meminati sukan ini kerana ianya mencabar dan perlu disiplin yang kuat.
Sudah mula membuat latihan bagi Mr ATM 2011 sejak 3 bulan yang lepas. Pembahagian masa training seperti biasa untuk Mr ATM 2011 dan juga penumpuan kepada Mr Asia 2011 yang bakal diadakan di Bangkok, Thailand pada 2-8 Okotber 2011 nanti. Menurutnya, latihan masih belum selesai sepenuhnya malah akan digandakan lagi dalam seminggu sebelum pertandingan bermula.
Selepas Mr ATM 2011 yang bakal diadakan pada minggu hadapan di Taiping Sentral, Taiping, Perak, latihan dan diet akan teruskan sehingga Mr Asia 2011. Target kategori bagi kejohanan Mr ATM 2011 adalah bagi kategori Bantam (65kg) begitu juga Mr Asia 2011. Walaupun sudah 80% latihan sudah dijalankan tapi masih terdapat tidak puas hati terhadap hasil otot.
Dari segi persediaan diet adalah sama seperti kejohanan-kejohanan yang telah dimasuki sebelum ini tetapi kali ini, pengambilan supplement dikurangkan sedikit. Supplement yang digunakan adalah daripada brand Ultimate. Dari segi latihan, otot yang paling difokuskan menjelang Mr ATM 2011 adalah kaki dan back.
Bagi persediaan persembahan Mr ATM 2011, antara otot yang ingin ditonjolkan lebih adalah bahagian kaki dan belakang. rutin latihan yang dijalankan adalah sama seperti menjelang pertandingan di Jakarta dimana beliau telah memenangi hadiah pertama bagi kategori Bantam.
Selain target ke Mr ATM 2011 dan Mr Asia 2011, beliau juga berharap dapat memasuki Mr World 2011 (yang bakal diadakan di Melaka pada bulan November) sekiranya mendapat keputusan baik dalam Mr Asia 2011 akan datang.
Bagi jangkamasa panjang, beliau bercadang untuk meneruskan sukan ini sehingga umur 40 tahun dan harap dapat memenangi Mr Asia atau Mr World pada masa akan datang.
Akhir kata, bagi kawan-kawan yang berminat dengan sukan bina badan, teruskanlah usaha anda ke arah lebih cemerlng dan terima kasih di atas sokongan dorongan semua. Terima kasih.
Perbualan dan interview ini telah diadakan di Hard Gym, Klang.
*Bersama teman-teman di gym semasa latihan*
*Mr ATM 2011 akan diadakan pada 19-21 September 2011 bertempat di Taiping Sentral, Taiping, Perak. Sila rujuk kalendar untuk maklumat lanjut.*