9days to 3rd WBPF World Men Bodybuilding Championship 2011.
This blog is still under construction. Sorry for any inconvenience.
Sunday, July 31, 2011
Tuesday, July 19, 2011
Info Mr Malaysia 2011
KEJOHANAN BINA BADAN KEBANGSAAN KE-42 “MR. MALAYSIA 2011”
DEWAN JUBLI INTAN, MUAR
1. TARIKH DAN VENUE
Tarikh : 22 – 24hb Julai 2011
Venue : Dewan Jubli Intan, Muar (Masuk Percuma)
2. PENYERTAAN
Kejohanan ini terbahagi kepada 3 acara seperti berikut:-
2.1 REMAJA (JUNIOR) – Maksimum 2 Peserta
Acara remaja adalah terbuka kepada semua atlet bina badan yang berumur 21 tahun ke bawah pada hari kejohanan. Hanya dua kategori dipertandingkan.
2.2 MASTERS – Maksimum 1 peserta
Acara Masters terbuka kepada semua atlet bina badan yang berumur 45 tahun ke atas pada hari kejohanan. Hanya satu kategori dipertandingkan.
2.3 SENIOR (9 KATEGORI)
Maksimum 9 peserta
2.3.1 Light Fly Weight - 55 kg
2.3.2 Fly Weight - 60 kg
2.3.3 Bantam Weight - 65 kg
2.3.4 Light Weight - 70 kg
2.3.5 Welter Weight - 75 kg
2.3.6 Light Middle Weight - 80 kg
2.3.7 Middle Weight - 85 kg
2.3.8 Light Heavy Weight - 90 kg
2.3.9 Heavy Weight - 90 kg ke atas
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Setiausaha Penganjur
Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 42
“Mr Malaysia 2011”
#12-12, Sri Panglima A, Pangsapuri Bukit Saujana,
80100 Johor Bahru, Johor
EN. ROSLAN BIN OTHMAN (No. Tel: 016-7890883)
Email : pbbabj@hotmail.com
Fax: 07-224 6453
PROGRAM KEJOHANAN BINA BADAN
DEWAN JUBLI INTAN, MAJLIS PERBANDARAN MUAR, JOHOR.
23 Julai 2011 ( Sabtu ) | : 09:00 | : Pertandingan Pra Pengadilan |
: 17:00 | : Mesyuarat Agung Perwakilan PBBM | |
24 Julai 2011 ( Ahad ) | : 13:00 | : Pertandingan Akhir |
: 17:00 | : Bersurai |
Thursday, July 14, 2011
KURSUS PENGADIL SUKAN BINA BADAN 2011
(Peringkat Negeri / Kebangsaan)
21 hingga 23 Julai 2011
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. PENGENALAN
Kursus Pengadil Bina Badan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada individu yang terlibat dalam sukan ini mengenai sistem pengadilan semasa pertandingan bina badan samada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Kursus ini akan diadakan sebelum Kejohanan Bina Badan Kebangsaan (MR.MALAYSIA 2011), Muar. Selain dari itu juga, kursus ini dapat memberi peluang kepada para pegawai teknikal untuk memahami dan mendalami setiap tugas yang diberikan seterusnya melahirkan pegawai teknikal yang berkualiti pada masa akan datang.
2. SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada semua ahli-ahli Gabungan PBBM, ahli-ahli bina badan, instruktor gym, pegawai-pegawai sukan bina badan serta individu-individu yang berminat dalam sukan bina badan. Jumlah penyertaan adalah terhad.
3. TEMPAT KURSUS
PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA DAERAH MUAR
Wisma Belia Daerah Muar,
JKR 207, Jalan Timbalan,
84000 Muar,
Johor.
No. telefon : 069555177
No. faks : 06-9555176
Emel : pkrmmuar@yahoo.com
4. YURAN PENYERTAAN
Yuran Penyertaan
a) Peserta yang memerlukan penginapan: RM 270.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Tujuh Puluh sahaja) iaitu penginapan 2 malam di Hotel (akan diberitahu), Bilik Kuliah, Nota dan Ujian Teori & Praktikal.
b) Peserta yang tidak memerlukan penginapan: RM 170.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh sahaja) termasuk Bilik Kuliah, Nota dan Ujian Teori & Praktikal.
Bayaran boleh dibuat kepada urusetia semasa hari Pendaftaran di Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar.
Penyertaan mesti dibuat dan disahkan melalui Persatuan / Ahli Gabungan negeri masing-masing.
5. TENTATIF PROGRAM:
Tarikh | Aktiviti |
21 Julai 2011 (Khamis) | 9.00pg – 10.00pg : Pendaftaran & Taklimat 11.00pg – 5.00ptg:Kuliah |
22 Julai 2011 (Jumaat) | 9.00pg – 12.00tgh: Kuliah 2.00ptg – 5.00ptg: Ujian Teori |
23 Julai 2011 (Sabtu) | 8.00pg – 5.00ptg: Ujian Praktikal |
Nota:
- Jadual terperinci akan dikeluarkan semasa pendaftaran.
- Ujian Praktikal pada 23 Julai 2011 akan diadakan semasa acara Pra Pengadilan di Kejohanan Bina Badan Kebangsaan di Dewan Jubli Intan, Muar. Penginapan para peserta selepas 23 Julai 2011 adalah dibawah tanggungan sendiri.
6. PAKAIAN
Peserta dikehendaki membawa pakaian rasmi pengadil iaitu baju kemeja putih, seluar panjang berwarna kelabu dan tali leher berwarna gelap.
7. ALAMAT PENGANJUR
Sila hubungi Penganjur untuk sebarang pertanyaan:
Persekutuan Bina Badan Malaysia
Suite No.8, Tingkat 1, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur
Tel: 013-3421730 (Lt.Kdr.Kamaruzaman Kadir) /
016-3943856 (En.Anas Hanafi) /
017-4199426 (En.Abd.Aziz Ahmad)
Faks: 03-90563054
Email: masbbf@yahoo.com